NADI Webinar Kesejahteraan Kendiri-Panas Melampau, Kenali dan Cegah Strok Haba
22 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Webinar Kesejahteraan Kendiri. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko kesihatan akibat cuaca panas melampau serta langkah pencegahan strok haba.
Webinar ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada tanda-tanda awal strok haba, faktor risiko, serta langkah-langkah pencegahan dan tindakan kecemasan yang perlu diambil. Pengisian turut merangkumi amalan penjagaan kesihatan ketika cuaca panas seperti pengambilan air yang mencukupi, pengurusan aktiviti harian dan perlindungan diri daripada pendedahan haba berlebihan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman seterusnya membantu mereka lebih bersedia, berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan bagi menjaga keselamatan dan kebersihan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: